Wednesday, 24 August 2016

EPISOD SATU

Mata Zara terbuka.
Pandangannya berpinar-pinar.

Kepalanya terasa pusing. Pandangannya menghala ke arah cahaya matahari.
Pokok-pokok besar melindungi cahaya, ekor matanya melilau-lilau ke arah pokok-pokok besar dan gah. Pokok renek dan semak samun memenuhi pandangan mata.

Di mana kah tempat ini?
Otaknnya cuba mengingat kembali, peristiwa-peristiwa sebelum ini,
tapi masih kabur. Kabur.

Tersedar, dia terbaring.
Dalam satu hutan tebal. Bunyi cengkerik bersahut sahutan.

" Ya Allah. Kenapa aku di sini?"
Pakaiannya masih berbaju T dan berseluar trek. (Tak ingat pun sejak bila dia berpakaian sebegini) Tangannya tersarung jam tangan G-Shock hijau kehitaman. 
Jarum pendek menunjukkan tepat pukul 12. Pukul dua belas? Tengahari?

Zara bingkas bangun. Dia keseorangan. Jantung berdengup kencang. Matanya melilau-lilau melihat sekeliling, hutan tebal kelihatan seperti aneh. Suasana nya sepetang ke malam hari. Mengapa jam nya menunjukkan pukul 12?

Zara terasa badannya berat. Rupanya badannya menggalas sebuah beg yang agak berat. Beg apa ni.
"Kenapa aku tak ingat langsung ni? Sejak bila aku bawak beg dan ke sini?"
 Lantas membuka beg terlihat alatan-alatan perkhemahan, dan beberapa helai baju.

"Mak..... ! Mak......! "
Zara terkejut terdengar suara budak perempuan bersahut dari jauh. Kelihatan serorang wanita berpakaian lusuh sedang berlari dengan sekuat hati sambil menangis.

Zara masih tergamam.
"Mak... ampunkan kami mak.. ! Mak.... jangan lari ..."
Beberapa minit kemudian, datang seorang budak lelaki dan perempuan, kelitahannya seperti adik beradik berlari- lari memanggil ibu mereka. Ibunya masih berlari dan tidak memperdulikan panggilan si anak.

Zara turut mengekori jejak langkah mereka. Hatinya masih berwaspada tentang apa yang dilihatnya tetapi hati nya meronta-ronta ingin mengetahui apa yang terjadi. Si adik lelaki terjatuh akibat terssadung akar pokok yang melingkari kawasan hutan. Dia masih menangis memanggil nama mak.
Si kakak cuba menarik tangan si adik.

"Mari Pekan. Mari kita cari Mak!"
Zara berlari mendekati kanak-kanak itu. "Adik ? Mengapa ni adik?"

Si kakak meronta menangis. "Mak nak pergi Batu Belah Batu Bertangkup ! Mak tak nak hidup lagi! "
"Mak.... Mak...."

Mereka terus berlari mengejar ibu mereka yang tidak kelihatan lagi .
Batu Belah Batu Bertangkup ? Di zaman manakah aku ??

BERSAMBUNG..

Bisnes

Apa kata anda jika saya mahu membuka bisnes ladang ternakan lembu?

Saya perempuan.

Buktikan perempuan juga boleh handle lembu-lembu gagah perkasa.
Perempuan juga boleh menjadi usahawan lembu yang berjaya.

Hihi.

Sekadar pena menulis.
tapi betul la.

Doakan niat saya.

Friday, 19 August 2016

Tegur

Assalamualaikum

Ramai perempuan cantik ala2 mat saleh kat Malaysia. Tambah2 bila scroll kat Intagram, memang belambak lah perempuan cantik dan digemari ramai dan dipuja2 atas kecantikan dan kekayaan masing2.

Tapi masalahnya,
Bila dah cantik pakaian mestilah kena cantik jugak.
Adab tatasusila sbg orang Islam kena lah jaga juga.

Bila ada org tegur,
Dikata pula..

'Jangan buka aib'
'Itu hak dia, biar lah'
'Kalau nk tegur, DM la dia, tak payah la tegur sini'
'Kau tu perfect sgt ke nak tegur orang. Pastikan diri tu pefect dulu'
'Hey, tu temporary tatoo lah'


Dan bermacam-macam lagi alasan para pemuja.

So, sekarang. Dah takdak sapa berani menegur.

Bila dah takda org menegur,
Bila dah takda lagi kebaikan,
Bila dah takda lagi alim ulama

Maka dunia itu sudah hampir dengan kemusnahan.

Tuesday, 16 August 2016

Solat

Perasan tak?
Benda yang paling best bila sudah solat.

Rasa masa tu lama sangat, rasa tenang, boleh buat apa yg disukai, boleh rileks sepuas-puasnya ! Tambah bila solat awal waktu.

Selagi tak solat, selagi tu rasa tak tenang. Tambah2 waktu Isyak,
' Ya Allah, tak solat lagi nih. Malasnya ... '

Lepas tu pulak, sebelum solat Isyak dah baring atas katil. Ya Allah, Tuhan saja tahu betapa malasnya nk solat. Kan?

Sebab tu Allah kata

'Jaga Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu'

Kagum

Aku selalu kagum dengan manusia manusia
yang rajin baca novel Inggeris,
yang rajin mengemas rumah,
yang rajin mencuba masakan baru,

Ye lah, ciri-ciri seorang perempuan idaman.
Jadi aku ikut jejak langkah mereka.

Aku seorang yang rajin membaca, sekarang aku nampak membaca itu menyeronokkan.

Aku rajin kemas rumah, hasilnya memuaskan hati. Ya aku puas hati

Aku rajin masak. Ya. Aku dapat pujian. Masakan ku sedap. Aku bangga. Aku riak.


Tetapi....

Kenapa aku tidak kagum dengan manusia-manusia yang masih setia dengan ajaran Allah. Tidak couple, Tidak berdating, tidak melakukan maksiat.

Sepatutnya aku kagum dan mengikuti jejak langkah mereka.

Tetapi tidak,

Aku kagum dengan pujian manusia, aku bangga dengan diriku,

Lantas aku lupa, pujian dari Allah yang teramat istimewa.

Allahu.